MY HAPPY FOLLOWER

Monday, March 8, 2010

RESEPI CHOCOLATE ECLAIRS






Few years back , dlm perjalanan ke Italy dr Spain , kami bermalam di Nice , France ....kat situ i ternampak Chocolate Eclairs ni n sempat tapau bbrp bijik utk i n my collague makan2 kat hotel mlm tu , n sejak tu i suka sgt ngan Chocolate Eclairs ni ... bila balik Malaysia , ada jugak penah mkn tp urge utk buat sendiri tu meluap2 smpi lah i beli buku Delicious Cakes ni smlm , ada pulak resipi Choc Eclairs ni....Aqil pun request nk mkn so i buat jugaklah .....senang, tasty n sama dgn rasa Chocolate Eclairs yg i mkn kat Nice tu ....


RESEPI CHOCOLATE ECLAIRS

Dapat 40 biji chocolate eclairs

Untuk membuat Choux Pastry / Eclairs
 
  • 70 gms butter - dipotong kecil
  • 150 ml air
  • 100 gms tepung gandum - diayak
  • 2 biji telur - i guna telur grade B 


Panaskan oven pada suhu 200 degree celcius , sapukan loyang dengan butter or marjerin ( sapuan nipis saja )


Dalam periuk , masukkan air dan butter , panaskan di atas api sehingga butter cair . Biarkan sehingga hampir mendidih , maknanya ada bubble2 kecik2  . Matikan api . Masukkan tepung gandum yg telah diayak tadi , kesemuanya .... ke dalam campuan air+butter tadi dan kacau guna spatula jer smpi menjadi adunan doh .Sejukkan dgn suhu bilik jer , takyah masuk fridge . Setelah agak sejuk masukkan telur sebiji demi sebiji smpi adunan menjadi licin dan berkilat .

Masukkan adunan eclairs ni ke dalam piping bag ( i guna Master piping bag pastu potong hujungnya agak2 lebar 1/2 inci )...klu nk variety boleh guna star nozzle ...

Sprinkle kan sedikit air ke atas loyang yg di sapu butter/marjerin td .Pipe kan eclairs tadi ke atas loyang sepanjang 3 inches dan jarakkan antara satu sama lain . Bakar selama 30-35 minit sehingga garing dan menjadi warna keemasan . Setelah dikeluarkan dr oven  , belah di tengah eclairs tadi dan biarkan sejuk atas wire rack .


Untuk membuat Pastry Cream

  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar castor sugar - i guna icing sugar sbb kehabisan castor sugar 
  • 2 sudu besar tepung jagung - i guna tepung kastad Brown N Polson
  • 300 ml susu - i guna fresh milk 
  • 1/4 sudu teh vanilla extract - i guna Star brand vaniila essence

 Pukul telur dan gula dgn menggunakan hand whisk or hand mixer sampi pekat dan berkrim ( Saya guna high speed sbb dh penat ) . Masukkan tepung jagung / tepung kastard. Sementara tu panaskan susu jgn smpi mendidih , dan masukkan kedalam adunan telur+gula+tepung kastard tadi . Gaul rata . 


Masukkan adunan Pastry Cream ini kedalam periuk dan letakkan atas api , kacau sehingga pekat . Setelah pekat , matikan api dan letakkan vanilla essence tadi .Biarkan sejuk pada suhu bilik or masuk dlm fridge.


Untuk membuat Chocolate Icing 

2 sudu makan butter 
1 sudu makan susu - boleh guna susu pekat or fresh milk
1 sudu mkn serbuk koko - i guna serbuk koko brand Tudor Gold
55 gms gula aising


Cairkan butter dan susu dlm periuk dgn api yg kecil . Matikan api dan masukkan serbuk koko dan gula aising. Sejukkan . 


Penyediaan

Ambil eclairs yg dibelah tgh tadi , pipekan pastry cream yg telah disejukkan kedalam belahan tersebut . Pipekan Chocolate Icing atas eclairs dan masukkan ke mulut anda....nyum3....."sedapnyeeee mummy "...Amelynn kata ...hik3...

























With Luv ,

Ms Nelly

2 comments:

Ely Hasrul said...

i terus teranglah.. desert2, coklat, cake, muffin sume xsuka i.. hahahha mmg xdek talent langsung nk buat.. bunyik aje dh sedap.. ermm yummie..

Happy Oven said...

hik3....i pulak terbalik babe, klu masak lauk2 mmg confirm cemplang...ha3...bake brownies ni pun ntah apa nasib ler menjadik babe...dr kecik smpi umur i 28 thn i tak penah guna oven , tetiba last year dpt seru agaknya ...terus tak toleh blkg lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails