MY HAPPY FOLLOWER

Saturday, January 22, 2011

RESEPI KEK LAPIS KELADI AKA YAM LAYER CAKE






 Ada my neighbor order kek ni,google2 kat internet semua resipi yam layer cake nk kena guna keladi yg dilenyek , so i pun amik jer resepi pandan layer cake dr blog http://malaykueh.blogspot.com pastu alter2 jadilah Yam Layer Cake, rasanya tuanpunya blog malaykueh ni dapat resepinya dr Mat Gebu, so thanks to both for sharing the recipe yer....sori i suka suki tukar ur Pandan layer Cake recipe jd Yam Layer Cake recipe....uols kat luar tu patut2 sgt cuba resepi ni...senang, confirm jadi,sebelah mata pun buat pun konpom hasilnya wallaaaaaa.....rasanya pun enak banget dongggggg!!!!

BAHAN2 UNTUK KEK SPONGE:-
* 5 biji telur Gred A
* 120 g gula
* 125 g tepung gandum*
* 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
* 75 g minyak jagung
* 15 g ovallate
* 11/2 camca teh perisa keladi ( i guna yg Star brand jer)
* 2 camca besar susu segar/cair

* Sedikit pewarna ungu 

* BAHAN2 UNTUK KASTARD:-
* 1050 g santan
* 200 g gula
* 10 g serbuk jelly
* 11/2  camca teh perisa keladi
* 100 g tepung Hoen Kwee (warna putih)
* Sedikit pewarna ungu
* Secubit garam

Cara-cara

1. UNTUK KEK:- Satukan telur, ovalatte, gula dan perisa keladi. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata

2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata.Masukkan pewarna ungu dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.

3. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping ( 2 keping pun boleh )

4. UNTUK KASTARD:- Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan whisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.

5. UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS KELADI:- Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.

6. Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.





Selamat mencuba .....insyaallah hasilnya meletopppsssss....


Baking with love and passion,

Norli

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails