MY HAPPY FOLLOWER

Monday, December 5, 2011

STEP BY STEP PULUT KUNING - TQ KWN2 FB KU!


Inilah pulut kuning pertama yg saya buat setelah hidup 35 thn kat dunia ni...hu3....thanks pada kwn2 FB yg share mcm2 tips utk buat pulut kuning yg cantik berkilat dan berderai...so dgn berbesar hatinya saya  share kan pulak step by step buat pulut kuning mengikut cara2 dan tips2 yg telah dikongsikan oleh kwn2 FB saya ya....


BAHAN2 :
1 kg beras pulut
1/2 sudu teh  minyak masak  ATAU 1-2 keping asam gelugor (utk kilatkn pulut)
Serbuk kunyit secukupnya atau kunyit hidup diblender halus
(kuantiti bergantung pd warna kuning yg dikehendaki)
1 cwn santan pekat dr sebiji kelapa
1 1/2 sudu teh garam
Daun pandan ( utk air rebusan)





Mula2 rendam semalaman beras pulut dgn serbuk kunyit atau kunyit hidup yg diblender .
(klu nk kuning,letak lebih kunyit,klu nk kalernya cair2 jer ,letak sikit jer kunyitnya).Titiskan sedikit minyak masak dlm rendaman pulut + kunyit tu,agak2 dalam 1/2 sudu teh (tujuan utk kilatkn pulut,thanks Butik pengantin seri unggul dan Nonie Khairul utk tips ni ).Klu tak ,boleh guna 1-2 keping asam gelugor ,tujuannya sama jugak,kilatkn pulut tu (thanks Kak Nik for the tips).
Rendam beras pulut tu malam,esok paginya toskan dan basuh lebih kurang jer utk buangkn saki baki kunyit .



 Dalam periuk kukusan,letakkan air agak2 sampai tangkai pengukus tu dan letakkan beberapa helai daun pandan. ( thanks Cikgu Zubaidah Tahir utk tipsnya ni)



 Alaskan periuk kukusan dgn daun pisang (mak saya selalu buat mcm ni) ,lepas tu letakkan beras pulut yg dah direndam semalaman tu atasnya dan kukus dgn api kecik selama 40 minit (thanks Kak Nonie Supian utk tipsnya ni).


 Setelah 40 minit,matikan api dan tuang pulut ke atas dulang @ mangkuk.




 Ini ialah 1 cwn santan pekat dr sebiji kelapa + 1 1/2 sudu teh garam...santan mesti pekat,klu tak nnti pulutnya lembik,tak cantik. (sukatan saya 1 cwn  mug ni,mmg cantik berderai pulutnya)





 Tuang santan tadi dlm pulut yg dah diletak atas dulang @ mangkuk dan gaul smpi nampak berminyak. (Ni tips kak Nonie Supian).





 Pulut dan santan yg telah digaul. Masukkan balik dlm periuk kukusan (yg dialas daun pisang) dan kukus lagi selama 30 minit dgn api kecil ya.....Lepas tu dah siap utk dimakan....sedap,gerenti punya (yg bagi tips2 ni semua kwn2 saya yg terel2 masak tauuu )...



Credit : TQ3..to Jelina,Zeti Zul,Hayati Ghafar,Fiza Shariat,Rosemaria & Anum yg share2 jugak ya...Love U!



Baking with love and passion, Norli

5 comments:

ila said...

bleh try nie..sangat detail maklumat sesuai wat org yg xpernah masak pulut tapi taw makan jew...hehheehe..mcm saya...anak nak naik AL Quran...bleh la berani nak buat nanti...

cik cek said...

Tq ya for sharing step by step nak buat pulut kuning ni...kak cek pun sebenonya tak pakar sampai skrg bila bab mengukus pulut2 ni...memanjang je tak jadi...kak cek memang suka pulut kuning berderai tapi masak berkilat..selalu buat telembik la tak masak la...tq sekali lagi ya...:)

zures said...

rupa-rupanya panjang cerita nak buat pulut kuning ni...patutlah mummy buat asik tak jadi je...pulut jadi lembiklah...terimakasih di atas perkongsian

Anonymous said...

Kasihmu diterima semua...he3...

kak eila said...

Tq .. For sharing
Slm perkenalan

Boleh la jln2 sini
byummufayyadh.blogsport

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails