MY HAPPY FOLLOWER

Tuesday, January 18, 2011

RESIPI CREAM PUFF

Takde angin takde ribut, tetiba rasa nk buat cream puff, boleh gitu??...hi3...cari2 kat MyR, jumpa resepi ni, thanks Zaliana for sharing  the recipe ...tp sblm tu kita layan2 gambar dulu..






Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )

  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur 
  • Bahan-bahan untuk inti jagung
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 5 sudu besar gula

Cara-cara

  1. Cara-cara untuk puff
  2. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
  3. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  5. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
  6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung
  7. Cara-cara untuk inti
  8. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
  9. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff


 Sekian terima kasih....dan selamat mencuba...




Baking with love and passion,

Norli

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails